KACANG LUPAKAN KULIT
Tiada luahan hati atau kata-kata dapatku coretkan, hanyalah sekeping gambar untuk dikongsikan bersama dimana ianya mempunyai maksud yang tersendiri buat diriku. Bagaimana pula dengan anda semua? apakah pandangan anda mengenai dengan gambar tersebut..
bagai kacang lupakan kulit..
ReplyDeletesaje nak berperibahasa sebab sekarang banyak kawan-kawan yang bersikap camnie...
malah, orang yang saya percayai selama ini dan berikan segalanya "ditatang bagaikan minyak penuh" pon mempermainkan saya walaupon saya sedar dan saya ingin cuba merubahnya namun tak seperti yang diharapkan..
memang diakui bila SUSAH pasti akan mencari kita..... dan bila senang, banyak duit toleh pun x mahu.... bile kite tanya pulak... xlayan... haizzzz!!~!
sabar je la kan....
sememangnya manusia memang sangat mudah lupa daratan...kata ringkasnya seperti kacang lupakan kulit ..kalau dulu waktu susah kita lah segalanya. kita lah tempat untuk mengadu domba. kitalah tempat untuk bergantung. kitalah segala-galanya. ibarat seperti dunia tak lengkap tanpa diri kita.segala-galanya kita..owh dunia...
ReplyDeletetapi..............................................
bila dah jumpa kesenangan bersama orang lain, kita dibuang jauh-jauh. ibarat kita dibuang ketengah laut. dibiarkan lemas dan terkapai-kapai seorang diri. tanpa menoleh walau sekali pun..langsung tidak pernah terfikir dan ingat bahawa kita lah yang membantu dia untuk bernafas dan terus hidup sebelum ni..sehinggakan sanggup melakukan tindakan yang luar jangkauan kita.buang no phone kita, block facebook kita..segala-galanya..adakah ini yang dinamakan manusia? manusia jenis apakah seperti ini? owh dunia..mudahnya kau lupakan jasa orang ya...bukan untuk mengungkit, tetapi cukuplah sekadar untuk ingat yang hidup ini ibarat roda..
terima kasih wahai insan yang bergelar manusia..